Kenyataan
Media Bersama – 4 April 2013
RENESAS HARUS SEGERA MENGIKTIRAF UNION
DAN MENGEMBALIKAN PEKERJAAN WAN NOORULAZHAR
Kami, 87
pertubuhan masyarakat sivil, kesatuan dan kumpulan yang bertandatangan di bawah memanggil RENESAS
Semiconductor KL Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai NEC Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd] untuk
menghormati kebebasan berasosiasi dan hak pengiktirafan efektif untuk adakan collective
bargaining, yang merupakan satu hak asasi
pekerja yang juga satu daripada nilai asas International Labour Organisation (ILO)'s. RENESAS mesti berhenti tindakan menghalang
atau melewatkan, dan segera memberikan pengiktirafan kepada Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah
Barat Semenjung Malaysia(KSIEWBSM)/ Electronic
Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia (EIEUWR)[UNION] supaya pekerja di RENESAS boleh akhirnya mula
menikmati faedah collective bargaining agreement. Kini sudah lebih 3 tahun sejak UNION mula
menuntut pengiktirafan RENESAS pada
January 2010.
Di Malaysia,
setelah didaftarkan, pengiktirafan majikan diperlukan sebelum UNION dapat mula
berunding dan memasuki apa-apa Collective Bargaining Agreement dengan syarikat majikan. UNION perlu
menghantar tuntutan pengiktirafan, dan dalam masa 21 hari majikan boleh
mengiktiraf atau tidak. Jika pengiktirafan tidak diberikan, pihak Director
General of Industrial Relations (DGIR) akan mencelah dan memulakan proses ke
arah mengadakan undi sulit (secret ballot) untuk mendapat kepastian bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus campur 1 jumlah pekerja yang
berkelayakan menjadi ahli UNION mahukan kesatuan – lepas itu Union akan diberikan
pengiktirafan dan boleh mula merepresentasi pekerja dengan berkesan.
Walaupun lebih
kurang 70% (1,300) pekerja RENESAS yang ada kelayakan menjadi ahli Union sudah
menjadi ahli EIEUWR pada masa permohonan pertama untuk pengiktirafan di buat
oleh UNION kepada RENESAS, RENESAS tidak member pengiktirafan dan kini selepas
3 tahun, RENESAS masih enggan mengiktiraf union.
Pada 18/1/2010, UNION
menghantarserahkan permohonan pertama(1) untuk pengiktirafan kepada RENESAS. Respon RENESAS adalah bahawa ada
sebuah jawatankuasa protem in-house union lain yang juga meminta pengiktirafan.
Director General of Industrial Relations (DGIR) menolak alasan ini. Kemudian
RENESAS mendakwa pula bahawa mereka tidak menerima permohonan pengiktirafan,
walaupun permohonan pertama ini telah di hantarserah kepada RENESAS oleh Wan
Noorulazhar bin Mohd Hanafiah, Presiden UNION, dan RENESAS telah mengesahkan
penerimaan. Pihak DGIR akhirnya meminta UNION untuk hantar lagi permohonan untuk
pengiktirafan.
Tuntutan kedua(2)
untuk pengiktirafan telah di hantar pada 17/8/2010, kali ini mengunakan pos
berdaftar akuan terima, di mana sekali lagi RENESAS mendakwa tidak menerima permohonan UNION. Malangnya, UNION juga tidak menerima
kembali kad akuan terima dari pihak pos.
Tuntutan ketiga(3)
telah dihantar kepada RENESAS pada 8/10/2010, kali ini mengunakan Kourier
Nasional Poslaju. Selepas menerima surat UNION, RENESAS telah secara salah cuba menghantar surat
UNION kembali kepada Poslaju dengan permintaan surat dikembalikan kepada UNION.
Poslaju telah memberikan surat mengesahkan perkara ini. Kali ini, RENESAS tidak
boleh lagi menafikan penerimaan, dan sepatutnya pihak DGIR mula melakukan apa
yang perlu untuk tujuan mengadakan undi sulit. Tidak ada apa-apa tindakan di
pihak DGIR walaupun UNION berkali-kali menuntut tindakan, dan akhirnya UNION
terpaksa berpiket pada 12/8/2011 di hadapan Kementerian Sumber Manusia di
Putrajaya. DGIR kemudian memberitahu UNION bahawa document relevan hilang/salah
letak, dan Timbalan DGIR dipertanggungjawabkan untuk kesalahan tersebut, di
mana beliau sejak itu itu ditukar jawatan. Pihak DGIR kemudian meminta pihak
UNION untuk membuat satu lagi permohonan pengiktirafan.
Tuntutan keempat(4)
dibuat pada 8/9/2011. RENESAS kali ini membalas dengan mencabar, antara lain,
pendaftaran UNION
EIEUWR itu sendiri, dan kelayakkan
Setiausaha Agung UNION (General Secretary), iaitu Bruno Gentil Pereira. Bila Menteri menolak
bantahan ini pada 9/4/2012, pada 8/5/2012, RENESAS membuat permohonan kepada
Mahkamah Tinggi mencabar keputusan Menteri, di mana Mahkamah Tinggi telah
menolak permohonan RENESAS pada 28/6/2012.
Selepas itu, RENESAS, merayu kepada
Mahkamah Rayuan, yang juga sebulat suara menolak rayuan RENESAS pada 5/12/2012.
Selepas Mahkamah
Tinggi menolak permohonan RENESAS pada 28/6/2012, tidak wujud apa-apa perintah
Mahmah menghalang pihak DGIR meneruskan dengan proses undi sulit tetapi DGIR
tidak berbuat apa-apa.
Selepas banyak
protes daripada UNION, DGIR akhirnya pada 14/12/2012 memulakan proses dengan
menulis surat kepada RENESAS meminta mereka menghantarserahkan Borang B,
sebagaimana diperlukan undang-undang. RENESAS tidak menghantar Borang B, dan
surat kedua bertarikh 14/1/2013 telah dihantar oleh DGIR kepada RENESAS.
RENESAS tidak melakukan apa yang diperlukan, dan kini pihak DGIR dipercayai
sudah menghantar surat ketiga.
Bila akhirnya
sampai tarikh undi sulit, pekerja yang berhak mengundi adalah pekerja yang
layak pada tarikh tuntutan pengiktirafan dihantarserah, iaitu 8/9/2011 tetapi
dengan kehadiran kontrak kerja jangka pendek, ramai pekerja yang sokong UNION
pada masa itu sudah tidak lagi berada di
RENESAS, di mana ini akan memprejudis UNION, yang masih perlu menunjukkan
sokongan dengan memperolehi undi sekurang-kurangnya 50% campur satu
berdasarkan senarai pekerja layak pada 8/9/2011. Taktik melambatkan proses undi
sulit menguntungkan pihak majikan, dan memprejudiskan UNION.
Wan Noorulazhar, pekerja
RENESAS yang juga Presiden UNION lah dibuang kerja pada 26/8/2011 oleh RENESAS di
mana kesalahan yang didakwa majikan adalah bahawa beliau telah melakukan
tindakan bercanggah dengan polisi khusus syarikat ‘contrary to explicit company
policies’. Beliau didakwa membuat kenyataan mengenai cara RENESAS melayan
pekerja di dalam sebuah kumpulan Facebook tertutup, di mana ahli kumpulan itu
ada rakan pekerja. Salahlaku ini langsung tidak ada kena mengena dengan work performance. Kes pembuangan kerja secara
salah kini di Mahkaman Perusahaan.
Trend masa kini
Mahkamah Perusahaan adalah bila didapati pembuangan kerja secara salah dilakukan
adalah untuk tidak memerintahkan pekerja diambil balik sebagai pekerja tetapi mengarahkan
majikan membayar pampasan. Jika tidak diambil balik sebagai pekerja di RENESAS,
pekerja di RENESAS akan kehilangan pemimpin. RENESAS sebenarnya boleh pada
bila-bila masa mengambil kembali Wan Noorulazhar sebagai pekerja tanpa
kehilangan faedah.
Pada 14/3/2013, EIUWR bersama pekerja RENESAS telah sekali lagi mengadakan piket protes di Putrajaya.
Kami menuntut
RENESAS Semiconductor KL Sdn Bhd untuk segera mengiktiraf Electronic
Industry Employees Union Western Region (EIEUWR), dan segera mengambil balik sebagai
pekerja Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah
dan mana-mana pemimpin pekerja yang telah dibuang kerja.
Senator
Syed Shahir bin Syed Mohamud
Charles
Hector
Mohd
Roszeli bin Majid
Pranom
Somwong
Badrulzaman
bin Mohd Ghazali
Bagi
pihak 87 organisasi di bawah,
ALIRAN
Andhra Pradesh State Domestic
Workers' Union, India
Asia Monitor Resource
Centre(AMRC)
Asia Pacific
Forum on Women , Law and Development ( APWLD)
Asia Floor Wage Alliance-
SEA Office
Building and Wood Workers
International Asia Pacific Regional Office (BWI APRO)
Center for Migrant
Advocacy ,Philippines
Centre for Human Rights
and Development (CHRD) Sri Lanka
Center for Orang Asli Concerns (COAC)
CIMS- Centre for Indian
Migrant Studies
Clean Clothes Campaign
Committee for Asian Women,
Bangkok
Community Action Network
(CAN), Malaysia
Confederation of Free
Trade Unions of India
Dignity International
GoodElectronics
GoodElectronics Thailand
(GET)
Hope Workers' Center,
Taiwan
Hsinchu Catholic Diocese
Migrants and Immigrants Service Center (HMISC), Taiwan
Human Rights Ambassador
for Salem-News.com
IDWN( International Domestic Workers’ Network)
IMA Research Foundation,
Bangladesh
International Campaign for
Responsible Technology, US
International League of
Peoples' Struggle – Canada
Legal Support for Children
and Women (LSCW), Cambodia
LIPS (Lembaga Informasi
Perburuhan Sedane/Sedane Labour Resource Centre) Indonesia
MADPET (Malaysians Against
Death Penalty and Torture)
Malaysian Physicians for
Social Responsibility
MAP Foundation, Thailand
Maquiladora Health &
Safety Support Network, Berkeley, CA USA
Migrant Care
Migrant Forum in Asia
(MFA)
Migrant Forum India (MF
India)
Migrant Forum Lanka (MFL)
Migrants Rights Council
India
Myanmar Ethnic Rohingya
Human Rights Organization Malaysia (MERHROM)
NAMM (Network of Action
for Migrants in Malaysia)
NDWM - National Domestic Workers' Movement, India
NLD-LA (National League
for Democracy-Liberated Areas), Malaysia
Pakistan Rural Workers
Social Welfare Organization (PRWSWO)
Parti Rakyat Malaysia(PRM)
People & Planet, UK
Persatuan Masyarakat
Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
PINAY Quebec
Progressive Labor Union of
Domestic Workers- Hong Kong
PSWS (Persatuan Sahabat
Wanita Selangor)
Pusat KOMAS (KOMAS)
Refugee and Migratory
Movements Research Unit (RMMRU), Bangladesh
SALT (School of Acting
Justly Loving Tenderly and Walking Humbly)
SBMI (Serikat Buruh Migran
Indonesia)
Solidarity of Cavite
Workers (SCW), Philippines
State Enterprises Workers'
Relations Confederation (SERC), Thailand
State Railway Workers'
Union of Thailand (SRU), Thailand
SUARAM (Suara Rakyat
Malaysia)
Tenaganita, Malaysia
The Alliance of
Progressive Labor - Hong Kong
Tourism Employees
Association of Maldives
Women's Rehabilitation
Center (WOREC) Nepal
Workers Assistance Center,
Inc, Philippines
Workers Hub For Change (WH4C)
Women Workers Lead
Writer Alliance for Media
Independence (WAMI)
Youth For Peace/Peace
Institute of Cambodia (YFP/PIC)
Malaysian
Unions
Kesatuan Sekerja Industri
Elektronik Wilayah Timur Semenanjung Malaysia (KSIEWTSM)
Kesatuan Sekerja Industri
Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan Sekerja Pekerja
Industri Elektronik Wilayah Utara
Kesatuan Pekerja-Pekerja
MHS Aviation Berhad
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Polyplastics Asia Pacific
Paper & Paper Products
Manufacturing Employees' Union Of Malaysia (PPPMEU)
TNBJOU (TNB Junior
Officers Union), Malaysia
Malayan Technical Services
Union (MTSU)
NUBE (National Union of
Banking Employees), Malaysia
Association of Maybank
Executive
Kesatuan Kebangsaan
Pekerja Pekerja Perusahaan Alat Alat Pengangkutan Dan Sekutu(NUTEAIW)
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Swasta-[Union Of Employees In
Private Medical And Health Services]
Kesatuan Eksekutif Canon
Opto (Malaysia) Sdn Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd.
Electrical Industry
Workers' Union (EIWU)
Kesatuan Pekerja Pekerja
Fujikura Federal Cables Sdn Bhd
Kesatuan Pekerja Pekerja
Kelab Semenanjung Malaysia
Kesatuan Eksekutif Airod
(KEA)
UNI Global Union-Malaysia
MTUC Pahang
MTUC Penang Division
MTUC Bahagian Melaka
Kongres Kesatuan Sekerja
Cawangan Pulau Pinang
MTUC Selangor &
Wilayah Persekutuan
Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud
- Senator in the Malaysian Parliament, the Immediate Past President of the
Malaysian Trade Union Congress(MTUC), and Executive Secretary to the
National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers; Charles Hector - human rights defender
and lawyer; Mohd Roszeli bin Majid
VicePresident (Private Sector) Malaysian Trade Union Congress(MTUC), and also
the President of the TNB Junior Officers Union; Pranom Somwong - Workers Hub For Change(WH4C), Asia Pacific
Forum on Women , Law and Development ( APWLD); Badrulzaman bin Mohd Ghazali -
President, Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad(MHSEU)
No comments:
Post a Comment